Assalamualaikum semua.
Pernah tak kau rasa, pada suatu waktu dan ketika, sangat terbeban dengan kerja. Sedangkan kerja tu senang je. Dan bukan jenis kerja yang time consuming pun, tapi kau tetap rasa bebannya tu ada.
Well. Aku tengah rasa benda tu sekarang.
Beban tu aku dapat rasa bila aku tak tahu nak merujuk kerja kepada siapa. Tiada tunjuk ajar. Tak tahu arah nak tuju.
Memandangkan kerja aku tiada due date pun, tapi aku rasa beban tu ada. Jadi bila aku tiada arah untuk dituju, tiada petunjuk dari yang lebih tahu, kerja aku terbengkalai, end up fail bertimbun atas meja.
Aku tak suka benda tu. Bila kerja dah bertimbun, makin banyak beban aku. Bila banyak beban, aku rasa tak gembira bila buat kerja. Bila tak gembira, aku tak rasa ada kepuasan dalam bekerja. Bila tiada kepuasan, aku rasa macam aku datang kerja hanya untuk dapat gaji hujung bulan untuk bayar hutang PTPTN. Dan aku sangat tak suka situasi macam tu. Kerja tanpa kegembiraan dan kepuasan. Aku nak rasa gembira dalam bekerja.
Aku nak diri aku sendiri berbangga dengan jalan yang aku pilih. Selepas SPM, aku yang pilih jalan ni. I've chose to help people, bringing them back to the place they supposed to be. Fight for their right. Fight together with them to win their right. Walaupun bunyinya klise, tapi itu matlamat aku bila kau dah letak selangkah kaki aku dalam bidang ni.
Tapi bila beban tu bertenggek atas bahu kiri kanan aku ni, sedikit sebanyak aku jadi ragu ragu.
I'm in desperate to get guidance.
Should i just leave and angkat kaki to another firm with hope to get guidance? Hurmm.