Monday, 20 June 2016

Hampeh!

Assalamualaikum uolss.

Hari ini aku buka email, macam biasa. Daily routine.

Aku tengok ada satu email masuk. Subject nya pasal pendaftaran sukan SEA telah dibuka.

Yippie! Permohonan aku short listed! 

Tahun lepas, tak ingat bulan berapa aku ada mohon di laman web Sukan Sea 2017 untuk jadi sukarelawan.

Sebab aku memang terlebih fond sikit dengan bab bab sukan ni, sejak sekolah lagi mungkin. Cuma badan tak berapa nak macam atlet. Dah makan pun macam saka, macam mana nak badan atlet. Pffftt.

Jadi aku pun dengan gembira buka email tu. Ada link isi borang semua, semua aku isi. Kemain semangatnya ni.

Sebelum aku tekan butang 'HANTAR', tiba tiba pulak aku jadi rajin pergi baca terms and conditions yang berjela-jela tu.

Satu satu aku scroll. Smpai lah satu ayat ni.

"Penginapan dan pengangkutan peserta tidak disediakan dan segala kos adalah ditanggung oleh sukarelawan sendiri".

Hurmm macam tu lah lebih kurang ayat dia. 

Terus aku rasa pappp! di pipi gebu aku ni.

Aku nak kena tanggung sendiri tempat penginapan? Aku ni dah lah dari Kelantan gigih nak jadi sukarelawan, tempat penginapan pulak nak kena cari aku mati mati ingat penganjur sediakan penginapan gila ke apa penganjur ni habis tu kau ingat ramai ke yang nak volunteer kalau semua nak kena tanggung sapa je yang nak jadi volunteer la woii! 

Ok maaf. Emosi aku berkecamuk. 

Terus aku tutup browser. Tak jadi isi borang. Yang dah fill in tadi aku delete semua.

Pftt.

Interview peguam syarie


Alhamdulillah, di waktu aku sedang gigih berlatih dalam kamar, dapat panggilan dari mahkamah syariah kota bharu, untuk interview sebagai peguam syarie negeri kelantan.

Sebelum tu aku mohon dan isi borang permohonan peguam syarie. Borang boleh download dari esyariah portal.

Dalam lebih kurang seminggu lepas tu, aku dapat call suruh pergi mahkamah untuk interview.

Interview aku 23 November 2015 di mahkamah syariah tunjung.

Aku pun kemain la nervous nya Allah je yang tahu. Gigih aku study minggu exam tu. Habis kitab manhaji imam as syafie aku baca. Pembahagian faraid, hudud, qisas, diyat semua aku baham baca habis. Hafal tu adalah, tapi eching eching je.

Gaya study masa UKM dulu pun aku apply balik, gigih tulis nota hafal apa semua. Malam sebelum exam tu memang tak tengok tv langsung! Nampak tak usaha tangga kejayaannya kat situ.

Tibalah hari interview. Aku memang sampai before 8.00 sebab masa dapat call hari tu pegawai tu dah pesan siap siap. Sesampai je di sana, satu orang pun takda. Nampak tak betapa punctual nya aku. Sampai aku ingat dah tersilap hari sebab memang takda orang lain!

Ok lah aku buat selamba badak masuk je tempat interview. Then ambil nombor giliran lepas tu aku dipanggil masuk bilik interview. Aku giliran ke-2. Kedua woii!

Uihh takut yang amat! Lepas duduk, 1 soalan je panel tanya. "Apa antara undang-undang atau akta yang kamu pelajari sewaktu belajar dulu?"

Aku pun bla bla bercerita pasal akta apa semua.

"Ok baik, terima kasih. Awak boleh keluar."

Aku pun macam, uihh biar betul! Padunya iv aku, 3 minit je!

Bila keluar semua calon lain pandang lepas tu duk tanya, apa soalan panel tanya? Kenapa cepat sangat keluar? Haha.

Alhamdulilah, memang rezeki aku panel tak banyak cekadak. Syukur.

Pegawai bertugas dah pesan sesiap besoknya kena datang mahkamah balik, untuk check sama ada lulus ke tak. Auww takut wehh!

Maka bermunajatlah aku pada Allah agar dipermudahkan segalanya.

Dan alhamdulilah, besoknya aku pergi mahkamah, semak nama, ada tertera Iezzah Iburdanisha Ibrahim. Syukur.

Dan calon yang lulus terus ditabalkan (ditabalkan? Kau ingat kau sultan?) Ok apa apa lah. Ditabalkan dan diterima masuk sebagai peguam syarie negeri kelantan oleh Yang Arif Ketua Hakim Syarie.


Yang dalam bulat kuning tu, aku. Kah kah!

Yang ni selepas majlis. Orang lain semua tangkap gambar dengan geng. Aku lone ranger. Terpinga pinga sahaja di mana mana.

Alhamdulillah selesai semua.

*masa hari dapat keputusan aku ada usha usha dengan calon lain, rupanya ada yang dapat soalan fatwa, faraid bagai. Gulp!



Sunday, 19 June 2016

cont: Proses filing Borang 1&2

Assalamualaikum, hai uols.
Bertemu lagi. Kali ni aku letak gambar beborang pula. Senang sikit nak buat gambaran. Borang kau boleh ambil di State Bar masing-masing. Macam aku, ambil di Bar room Kelantan Bar, tingkat bawah bangunan Mahkamah Tinggi Kota Bharu. Al maklumlah, aku chambering di tanah tumpah darah, Kota Bharu.
Ini Borang 1.
wd1
wd2
Ini pula Borang 2.
wd3
Untuk Borang 2, aku dapat tahu bahawa kalau yang chambering di luar daripada negeri kelahiran, tak boleh letak alamat sepertimana dalam i/c.
Jadi untuk mengesahkan perkara ini, aku syorkan kau sahkan dengan pihak Bar Council terlebih dahulu. Give them a call, and they'll gladly help you. InsyaAllah.
Till then, bye!

Proses filing Borang 1&2

Assalamualaikum, hai uols.
Semasa catatan ini ditulis, aku sudah pun tamat chambering. To be exact, 4 hari lepas i.e. 15/6/2016.
Sebagai permulaan, aku memang dah lama rancang untuk berkongsi sedikit sebanyak proses hidup sebagai pelatih dalam kamar a.k.a pupil a.k.a chambering student. Kau bayangkan, dari hari aku filing Borang 1 & 2 dah simpan niat nak share, tapi dah tamat 9 bulan barulah tergerak jemari ini untuk menulis. Nampak tak betapa hectic nya hidup sebagai pelatih dalam kamar. Eh.
Baiklah sebagai permulaan, aku mulakan dengan memfailkan Borang 1 & 2.
Sebaik sahaja kau dah ditawarkan tempat untuk memulakan latihan dalam kamar, aku memang strongly suggest sewaktu kau masuk firm tu bawa bersama Borang 1 & 2 yang memang dah siap diisi beserta dengan lampiran yang patut.
Why? Supaya kau dah boleh filing borang tersebut dari hari pertama kau mula chambering atau setidaknya pada hari kedua. Kan? Lagi cepat lagi bagus.
Aku sertakan documents check list yang mesti ada untuk pemfailan Borang 1 & 2.
1.Borang 1
2.Borang 2
3.Salinan sijil Kelahiran/surat beranak (CTC)
4.Salinan I/C (CTC)
5.Salinan reference letter dari pihak universiti (CTC)
6.Salinan maklumat firma - search result dari Malaysian Bar Directory website (CTC)
7.Salinan maklumat master - sama, dari Bar Directory juga (CTC)
CTC (certified true copy/salinan diakui sah), boleh minta mana-mana peguam untuk akui sahkan dokumen-dokumen tersenarai diatas.
Jangan jadi macam aku, sebab aku dulu dah 15 hari mula chambering baru merangkak nak pergi mahkamah untuk filing. Sebabnya, aku minta tolong member aku poskan reference letter, tapi sampai ke sudah tak  kunjung tiba.  Salah aku jugak, lupa nak pesan suruh dia pos laju, jangan pos biasa, sebab tak boleh nak track.
End up aku minta member aku scan, whatsapp, dan aku print dari situ. Kalau tunggu pos, mungkin sampai sekarang la gamaknya aku menunggu rahmat dari langit.  
Next post aku snap Borang 1 & 2, baru la ada thrill sikit kau nak filing kan. Gitu.

Saturday, 18 June 2016

Assalamualaikum dunia!

First thing foremost, matlamat aku adalah aku nak share segala apa yang aku punyai dengan dunia, dengan harapan aku akan dapat perkongsian dari seluruh dunia juga.

I'll make this writing sort of like a diary, di mana aku harap jika tiba suatu saat aku tak mampu untuk berkongsi sebarang perkara dengan manusia, aku mampu untuk berkongsi di alam maya. Sesi luahan hati di papan kekunci. Gitu.

Till then, bye!